Murai Si Penipu

miSs shAfika :)

Pilihan Masa Depan


Siapa je yang tak pernah mengimpikan something yang mewah kan?! Hari ni aku nak merealisasikan impian aku tu dekat sini jugak!! tak kira!!! hahaha.. Kereta impian aku kini dan masa depan... 




Toyota 86.

Harga dia tak payah cakap lah kan... memang kempislah poket, RM 243,000*.Harap-harap dalam sepuluh tahun lagi aku dapat beli kereta nih. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih . Tak salah kalau nk mengimpikan sesuatu !!! Jadi kena usaha lebihlah lepas nih. 






segmen dari Jiakreatifelt: header dulu hingga kini

Segmen dari Jia ni memang berbeza dari segmen-segmen yang lain. Segmen ni mintak kita kumpulkan header2 dari duluuuuu hingga sekarang. Okey ni lah koleksi header aku  ... sorrylah kalau tak berapa nak cantek .

DULU




KINI


Tag : SM , EIKA , ZURA & my lovely follower ^_^





Leganya rasa kalau dapat ...

 Panasnya Malaysia sekarang ni... di tengah-tengah petang isnin ni mesti ramai yang kepenatan . Yelah mesti ramai yang baru sampai rumah setelah seharian berkerja ditambah pulak cuaca sekarang yang panas terik . Memang best sangat lah kan kalau dapat menikmat sesuatu yang sejuk kan!!! Gulp~~ aku teringat cendol! aku memang suka cendol . Ada yang suka tambah tapai, pulut, jagung dan macam-macam lagi . Yang pasti nya cendol memang pilihan yang tepat kalau nak menghilangkan rasa dahaga. harga nya pon murah dalam RM2.00 je pon dah boleh dapat .


Mamak cendol satuuu!!!


ABC aka ais batu campur pon sedap.
Pilihan time gaji baru masuk hehehe ..


Segmen : Siapa nak doodle? by Munirah Mohd Rizal


Hai blogger!!  salam ahad !!!
Nak doodle free?? jom JOIN segmen Cik munirah..
TAG : SM , ZURA

Aku rasa doodle yang rambut pendek tuh cute sangat...
Lagi cute kalo rambut dan mata dia colour #8A0808 
gelang, seluar , ribbon dan selipar dia colour #DF013A
headfon pulok colour #2E2E2E
baju dia pulak colour #EFFBFB <---putih aje..

Thank you yeah Cik Munirah~~~





1st Segmen Cik Hawa : Pencarian Follower Bawah 1000



Salam petang Jumaat blogger!!! yurp! segmen lagi!!! aku join segmen ni bukan semata-mata nak kejar follower yang melambung-lambung tapi aku nak support para blogger yang berani dan berusaha nak buat segmen!! Yelah segmen-segmen ni bagus ...bukan je dapat tambah follower tapi dapat naikan stats korang secara fair&square!! Korang pun dapat berkenalan dengan blogger2 lain.. so apa lagi join segmen Cik Hawa ni k!!!


Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical



Dah lama rasanya tak join segmen. Tadi time blogwalking aku terjumpa blog AJAMOPPICAL.. Apa lagi yang ditunggukan?! Aku pon joinlah!!! JOM kita bagi support dia ~~ ALL the best ye AJAMOPPICAL!!


Jom belajar bahasa lain!!

Salam buat semua blogger !!! yeah sekarang ni saya hanya menganggur aje!!! hahaha ... ekonomi tetap produktif tanpa saya!! Dah lama bebenor rasanya rest cam gini... balek kampung pon sudahhh ... mmg dah tak pikir pape dah!! release semua stress!!! (macam stress sangat je gayenye!!) Mane tak nye gaji tak masok lagi!! padahal dah 11 hb dah nih!!! macam hampeh je kan!!! nseb baik lah aku ni 100% tanggungan keluarga aku lagi.. Sabar je lah jawapnye , nanti-nanti masuk lah tuh (pikir positip je lah )..hmm 

Okeyhh!!! memandangkan dah tak der kejer nak buat aku pon terpikir ' Apa kata belajar bahasa asing sementara tanam anggur nih?!" Banyak kelebihan nya kalau kita menguasai bahasa asing , at least kalau kita nk melancong tak payah susah-susah bawak dictionary ke asistance ke.. Paling tak pun kita belajar lah perkataan-perkataan yang mudah dulu . Misalnya, ' berapa harga barang ini? '  tak pun mulakan dgn ucapan ' terima kasih ' . Kemahiran berbahasa ni mungkin memudahkan korang . 

Berapa harga barang ini

    Thai - raa-kaa tâo rài?
   GermanWieviel kostet das?
    Korea - ige eolmayeyo?
   Jepun - ikura desu ka?

Lepas ni kompem dia bagi diskaun kat korang !!! 

Tu jerp yang aku godek-godek dekat GOOGLE.. sekarang nih nak practice bercakap pulok lah.. hehehe... korang mesti nk tahukan macam mana nk luahkan  ' i love you' dalam bahasa-bahasa lain?? jom!!! 


 German - Ich liebe dich
Thai – Chan rak khun (untuk lelaki) dan  Phom rak khun (untuk perempuan)
Itali - ti amo
China Mandarin - wo ai ni
Portugis - Eu te Amo


 Okeyh tu saje dari saya!!!! Selamat Mencuba !! Goodbye !! Aloha!! Adeus !! Itterasshai !!


Snowhite and The Huntsman


Baru-baru ni aku pergi tengok movie Snowhite and The Huntsman lakonan Kristin Stewart sebagai watak utama , Snowhite .Watak jahat pula dibintangi Charlize Theron sebagai Ravenna. Christopher Hemsworth pula sebagai 'huntsman' . Penceritaannya tidak banyak berubah dan masih mengekalkan penceritaan asal 'Snowhite' yang terkenal. 

Dendam . kecantikan dan kuasa menguasai Ravenna. Kisah hidupnya menjadikan dia seorang yang tamak untuk memiliki kecantikan dan pengaruh. Kekejaman Ravenna menjadikan negara mereka berada dalam huru-hara dan gadis2 cantik telah menjadi korbannya untuk meneruskan kecantikan Ravenna. Pengembaraan bermula apabila Snowhite yang telah membesar di kurungan Ravenna terlepas ... Ingin tahu yang selanjutnya ??? Jangan melepaskan  peluang untuk menyaksikan sendiri pertarungan Snowhite menumpaskan Ravenna . Watak Snowhite pula tampil dengan lebih berani dan bersemangat untuk mendapatkan semula tahtanya. 


Pasti lebih menarik sekiranya dipaparkan dalam 3D!!!