Murai Si Penipu

miSs shAfika :)

Kempunan durian crepe!!

sume dok kecoh psl durian!! durianduriandurian... oh no... kat sini durian mahal loooo!!! Dah kecoh psl durian tu.. hot jugak psl Durian Crepe!!kat sabah ni susah sikit nak jupe durian crepes... so aku kat sini hanya dpt dengar je tak dapat rasa pon hukhukhuk... sedeyhhhh!!!!!!!! haish... okeyh tu jerr cter nye!! hehehe

Kejarlah Jodoh Kau Kutangkap


Cobaan itu akan membuatkan kita makin kuat
Perubahan itu akan membuat kita makin bijak
Tidak selamanya hidup it menyenangkan
tapi hidup itu sebuah perjalanan yang indah.

 #Yes 100% agree 

credit to movie kejarlah jodohkau kutangkap

nak tahu macam mana aku dapat movie ni??
aku pon x percaya kawan aku ni peminat cerita cintan-cintun .. kalau perempuan aku memang tak heranlah!!  
okeyh no wonderlah!! open sikit zatiiii... hahahaha

What is politic???

Alaa biasa lah politik!!! mana ada politik yang telus zaman skang!!!
Biasalah tu!!! kalau tak main suap-menyuap bukan politik namanya!!!
Nak PRU mintak hapeh pon dapat!!! dasar mainan politikuss!!!

Hah ni lah streotaip orang kita terhadap politik!!! Sebenarnya politik bukanlah satu yang negatif.

Politic is always nobel but people make it evil!!!

Ni petikan lecturer aku... benar!!! objektif politik sebenarnya adalah untuk melestarikan kehidupan masyarakat.Tapi siapa yang membuat kita memandang jelek pada politik??? Buka hati buka minda... 

#aku sentiasa berharap jika satu hari nanti aku lepak di kedai kopi aku akan dengar hujahan politik yang sihat drpd pakcik2.

Wa Ga Pat !!!!

Wa ga pat !
doakan aku disini
relakan aku disini
misalnya aku kan pulang 
fastikan kau yang menunggu 
soal cinta luar biasa
lama-lama bisa gila
siapa yang tahu pasti
doakan aku disini...

Pernah tak zaman muda-muda  korang dipenuhi dengan cinta monyet??? hahaha Okeyh tipu la tak penah!!! Dari zaman pak pandir , pak meon dan temah sampai la laa ni... aku percaya masih wujud nye cinta zaman batu nih.. hahahaha...its normal actualy ,it depends on macam mana korang handle korang punyer feeling ...

hahahaha ... lawak bila teringat kisah dulu... cinta zaman batu, kantoi, dah kantoi buat muka selamber... cikgu meroyan pon 'thats not my problem' kata aku...hahaha punye la sempot nye zaman kanak-kanak riang aku... tapi aku bersyukur aku tidak leka , sejauh mana orang melihat aku, bergantung kepada sejauhmana keterbukaan diorang...

Rindu.. rindu dengan diri aku yang lama... yang tak penah pikir apa yang orang katakan tentang diri ni... bila dah tua nih la , aku terpaksa berdepan dengan macam-macam orang... secara paksa atau tidak...secara sedar atau tidak ...walaupun kita tahu yang dia menganggap kita seteru pada kenyataannya ,aku tetap berpura-pura seperti tak mengerti... 

Sorry mengarut... peace yaw~~~

Hai abang hensem awek cun!!!

Pergh rindu gila kat korang!!! rinduuuu... ye korang lah!! sapa lagi yang dihati aku... korang jer!! hehehehe...
Rasa macam dah lama membiarkan blog ni bersarang... hmmm busy la...

Sejak akhir-akhir nih , dekat Sabah selalu hujan petang ... dengan bas yang mcm halimunan sekejap ada dan tak da... hampa! beginilah keadaan aku...


Main redah je kadang-kadang...
Niat kena kuat..
kuat kan hati untuk bertahan 
bertahan untuk 3 tahun lagi...

Aku rasa aku macam makan ubat je sekarang... melihat makwe2 dgn pakwe2 senior amik jubah dan kubah... Ye aku rasa lebih kuat lepas makan ubat kuat!!! hahahaha... Aku rasa macam baru diberi suntikan estacy untuk aku terus gigih mengejar apa yang dinamakan Impian. Aku lebih kuat untuk melalui hari-hari aku di sini sekalipun tiada orang yang mampu menolak aku maju ke depan.

aku si pencari ilmu,
cuba mengisi ruang kekosongan
bukan pencapaian yang aku raih
sekiranya aku berusaha,
bukan beerti aku akan berjaya,
kerana yang dinamakan rezeki,
bukan urusan kita... 

#aku takut orang expect yang terbaik dari aku kerana pada hakikatnya... aku je yang tahu ... Sebab ada orang penah tanya kat aku... 'Izzati aku tgk kau nih belajar , tapi nape result kau biasa2 je??' ciss hampeh kan??!!!hahahaha Rezeki bukan ditangan akulah kawan!! ;)

Apa Yang Dicari??



4 bulan setelah menjadi penganggur kehormat, kini aku kembali menjadi seorang pelajar!!! Aku rasa aku mengalami masa2 yang sukar sekarang nih!!!! seriuslah!!! aku rasa aku tengah duduk di tengah-tengah trek perlumbaan  dimana semua orang berlari untuk ke garisan penamat!!! dan aku??? aku sendiri tidak pasti ... berlarikah aku ? berjalankah aku ? atau aku hanya mampu merenung ...  aku masih tidak pasti.

Dunia seakan-akan sukar untuk aku sekarang... aku takut sekiranya aku tidak mampu melepasi garisan itu. Aku dan impian. Adakah sukar untuk dan dia bersama... dia hanya sebuah impian. Di dalamnya sebesar univers. Apa yang aku pasti sebesar manapun jurang itu, besar lagi pengorbanan yang perlu aku akur untuk bersama denganya. Give up bukan pengakhiran yang terindah ... sebuah perjalanan yang panjang perlukan penamat yang terindah.Aku nekad untuk mengakhirinya disaat itu.

#mood tak berapa ada bila tak dapat nak menghadam proses study!!! huhuhu... 

Hanya disini Aku nak mengurut!!!

Hah jangan pikir yang bukan-bukan pasal title tu!!! bukan mengurut tapi aku nak merungut!!! Yerp!! aku kini bergelar mahasiswi di Universiti Malaysia Sabah!! Sabahan la aku lepas nih... boleh bha kalo kau!! hahaha Homesick? aku takde pun rasa homesick yang melampau... cuma apa yang aku paling rindukan kat umah aku selain mama ayah aku adalah makanan!!! serius weih makanan kat sini memang tak da apa2 rasa!!!! aku rasa tekak aku nih dah hampir hilang deria rasa !!! Setakat nih aku makan sekadar nak hilang kan rasa kebulor je hahaha... Kalau  aku nak merasa nikmat makanan , aku kena keluar pergi One borneo. Kat situ barulah aku dapat balek deria rasa aku!!! Semalam pi sana , aku makan tanpa Non-Stop weih!!!! hahaha ... lepaskan kempunan ja!!


Life kat sini tak de lah suck !!! semuanya baik-baik saja. Yang penting life kat sini tak macam kat teknik dulu zaman kanak-kanak yang belom matang.Life kat sini buatkan aku rasa nk jadi someone yang better , better and better untuk hari ini esok dan selamanya . Kat UMS ni , perkhidmatan bas terhad jadi student kena prepare mentally and physical la nk berdepan suasana rebut2 bas ni... Lagi bagus kalau kau bangun awal dan tercongok kat bas stand tu awal2 tak de la sesak sangat kalau awal.So keyword nye , awal , awal , dan awal... bukan Awal Ashaari okeyh!! 

Minggu Orientasi memang minggu yang memenatkan. Tapi aku mampu mengharung jugak seminggu la sesak ni . Naseb baiklah minggu ni cuma ada sekali je dalam seumoq idop aku kat U ni.. Aku rasa enjoy je walaupon penat naik bukit turun bukit , dengan kolej kediaman yang jauh aku still boleh survive lah.

Lagi satu!!!! Siapa yang kata barang-barang kat KK ni mahal?? memang lah ada yang mahal tapi ada jugak yang murah. So jangan judge je tanpa datang kat sini dulu. Okeyh still tak percayakan aku??? baru-baru ni aku pergi shopping kasut sebab kasut aku dah terkopak angkara aktiviti mendaki bukit UMS. Aku beli kasut yang superb comfortable bila dipakai dengan harga 29.90 hinggit je taw!! Buy one free one lak tuh!!! Lepastu, aku jupe beg cantek2 18 hinggit je taw!! kat semenanjung pon tak de la bag yang muroh2 cam ni... 


Buy one free one!!! kohkohkoh.. cek suka barang murah!!!



Kisah aku yang kuat berangan!!!

Dalam hidup nih kita mesti ada impian kan... hahaha bila xder kerja , aku lebih suka duduk dan mengenang naseb si labu labi nih. Dan "babak2" lain pun bermula hahaha.. perkara yang aku suka angankan

1. Nak tamatkan pengajian secepat yang mungkin!!!
Aku nak mengenggam ijazah dalam 3 tahun lagi. Aku nak kerja untuk cari pengalaman yang secukupnya, Aku teringin nak bertugas di luar negara hahaha... Aku nak menjelajah Eropah cewahhh.. Kelass gitu!!! Kalau boleh aku nk menetap dekat sana dalam beberapa tahun!!! Nak cari pengalaman dulu dekat negara orang then aku nak berkerja kat negara yang tercinta nih!!!! wahhh bestnya kalau impian jadi kenyataan!!!

2. Duit raya in USD!!!
Baru-baru nih aku yang teramat "muda" ni dapat duit raya!! hahaha best giler... kembali kepada kehidupan aku yang aca-acah dah bekerjaya gitu... bila musim raya aku nak balek Malaysia!!! mana boleh beraya kat negara orang tak sama meriahnya macam kat Malaysia nih!!! bila dah balik sini aku nak bagi diorang duit raya dalam USD hahaha.... rasa mcm nak bg penyepakan kat aku???!! hahaha

3. Cukuplah hanya sebuah rumah dan kereta.
Aku nk beli kereta ikot kemampuan aku je... walaupun aku giler dekat RX8 . Bagi aku , sebuah rumah untuk berteduh lebih diperlukan.Tak perlu besar mcm istana asal cukup untuk aku dan family aku berkumpul.

4. Rumah kampung itu gojez!!!
Aku memang suka rumah kampung . halaman yang luas , jauh dari jiran ... at least kalo kau nak karok dalam toilet tak de sape yang akan cakap ' WOI picing kau larilah!!! ' hahahaha. So aku memang berniat nak buat rumah kampung yang berlantaikan papan ala-ala rumah Melaka !!! Bagi aku , rumah macam ni memang menarik tapi cuma nyamuk je la boleh buat orang stress...huhuhuhu tapi itu standart lew...




Masa haritu aku dengan cik zura ada beragan nak pergi travel ...huhu Okinawa , Pulau Jeju time winter.  









Wordless Wednesday




credit : 
goggle

#motivate diri jap

blur~~~

Seseorang yang hebat juga memiliki kelemahan terbesar yang menjadikan dia hebat kerana dia mampu memperlihatkan kehebatannya.

#setiap orang mempunyai pelbagai sisi apa yang kita lihat hanyalah apa dia inginkan. 

Aku benci bila aku terpaksa berdepan dengan orang yang senang menghakimi dan menghukum orang lain. Lagi-lagi bila aku terpaksa mendengarnya dengan telinga aku sendiri... dan aku tak mampu buat apa-apa sedangkan aku amat jelas dengan kebenarannya. 



Stunning Saturday!!!





Winkwink!!! mood sangat happy hari ni!! Tak tau kenapa dan bagaimana aku happy!!! Kita tu tak perlukan sebab untuk happy selagi kita menghargai setiap saat dalam hidupnya!! Tahun nih mungkin ramadhan yang terakhir untuk aku bersahur dan berbuka sebulan di rumah!! Yeap!! memang nikmat je rasanya bila bersahur dan berbuka bersama family. Entahlah apa nasib aku tahun depan, menyambut Ramadhan di negeri orang yang sememangnya jauh dari family aku. 


Semua orang dah prepared nk beraya sakan. Baju raya , kasut raya, handbag raya, langsir raya, kuih raya... semua dah dok kelam kabut pi carik. Aku still lepak agi. Baju raya tak yah riso dah!! udah lame teman pi tempah tapi idok le teman tahu udah siap ke belom. Saja tempah awal tak nak kelam kabut!!hehehe.. Kuih raya memang tradisi makcik teman support! lagi rilek idop teman .. Yang aku pikir tahun nih aku nikmati hari raya Aidilfitri aku !! Tak kisah la kalo kena pakai baju tshirt je pagi raye!! huhuhu..


Segmen by I Love Sleep: Cerita disebalik gambar


Segmen by i love sleep ini berbeza daripada segmen yang biasa!!! 
Cerita disebalik gambar


Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah...

Cinta, terlalu banyak cinta dalam sebuah kehidupan. Cinta kepada Yang Maha Pengasih. Cinta kepada mak ayah. Cinta seorang kawan. Cinta seorang kekasih. Aku hanya seorang insan pemilik kepada sebuah hati yang tidak mampu untuk dimengerti. meskipun sejuta cinta dan kasih yang hadir aku tak mampu untuk berhenti. Berhenti dari mengejar keindahan duniawi dan masa depan yang menjanjikan nikmat kehidupan sempurna. Demi cinta juga aku tak mampu untuk menoleh ke arah lain. Aku terus tetap terus berlari.

Banyak kata
 yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah 
yang meyakini ku 
kau tercipta untuku
sepanjang hidupku...

Perjalanan aku masih panjang. Tidak aku ketahui dimana titik noktahnya. Aku hanya perlukan doa daripada insan yang mengasihiku. Aku mahukan kekuatan untuk menempuh hari yang kian mendatang. Sejauhmanapun aku berlari mengejar impian aku hanya mahukan doanya. Aku percaya pada restunya. 



Aplikasi iMingle di Facebook


Sejak akhir ni aku banyak menghabeskan masa kat depan laptop!! Pada mula nye cuma nak cari-cari lah biasiswa ke pinjaman untuk aku sambung study. Tapi bila dah dok depan laptop banyak pulak kerja lain yang aku layan. Terserong sudah. Lagi-lagi bila dok online facebook memang serong sepenuhnya dari niat aku yang asal hehehe.. Jangan ikot perangai aku yang x senonoh dalam bulan pose cam gini k!! hehehe

Korang penah dengar tak aplikasi iMingle?? Alaa.. aplikasi ni memang pemes untuk budak-budak sekolah. Aku memang tak tahu apa-apa pasal aplikasi ni pada mulanya aku pon baru je tau wujud nye aplikasi ni. Mungkin aku yang lambat dan tak se'advance' budak-budak sekarang.. hohoho 



Aku agak terkejut beruk bila first time aku masok dekat room iMingle ni . Aku cuba godek-godek apa yang ada kat aplikasi nih. Tetibe je ada mesej yang tak aku kenal sama sekali pengantarnya yang memang takde dalam friend list aku . Dengan terpinga-pinga nak menghadam setiap sudut aplikasi ni, akhirnya aku faham!!! kahkahkah... 

Rupe-rupenya aplikasi ni sama je dengan chatroom tapi berbeza sikit. Korang boleh pilih bilik mana korang nak bersosial. Korang boleh klik dekat profil pic orang yang korang berminat dan pilih sama ada nak baling tomato (ni selalu aku gune kihkihkih ) ke 'flirt' ke 'private message'. Setiap reaction akan ditolakan beberapa coins yang kita dapat . Pada mulanya korang akan dapat 500 coins. Korang berpeluang nak berkenalan dengan ramai orang.

Tapi ramai yang guna aplikasi ni untuk cari jodoh..hohoho.. agak kelaka disitu... Bagi aku lah, kalo korang nak cari jodoh tak payahlah guna aplikasi-aplikasi cam gini.. for fun boleh la but for serious stage carilah jodoh korang kat tempat-tempat yang baik cm masjid ke.. so rajen2 la pi teraweh mana taw pergi ke rumah Allah korang terjumpa pulak tettt!!! 

Itu je ceramah aku untuk hari ni hihihi. Secara jujurnya aku ada bukak 2 kali je aplikasi . Mungkin tak lagi lepas nih.



Fullhouse Giant Cheras!!





Petitefour yang menyelerakan!! 
tapi sayang time tu petitefour takde la pulok~~gulp!!




 Ala-ala English Garden gitu... sweet moment for dinner time!!

Chocolate pepermint pilihan saya!!! slurpp~~






Oven Roasted Chicken Parcel hak milik saya!!! 

Seafood spagheti ~~

Pan sear dory fish ~~




DESSERT TIME!!

Nice plating 3 dessert hanya Rm 29.90!!


Thumb's Up for Chocolate brownies and ice cream!!

Profiteros .. rasa nye macam cream puff ~

Everything on a table !! nyumnyum!!

Posing jap!!! 

Nak menyelit jugakk!!! chakkk!!

#maaf kalo gambar kurang menarik...sila tutup mata!! hahaha Kuatkan iman bagi sesiapa yang terliuq tengok makanan diatas!!hahaha

Secara keseluruhanya, makanan-makanan yang disedia memang sodapp!! Berpatutan!! Mula-mula kita orang ingat ni bajet mungkin dalam seratus sorang.. tapi harga yang sebenarnya taklah semahal jangkaan kami!! Layanan dia pon menarik... mesra alam taww!! 




Sebuah perjalanan kini bermula

Jangan mudah mengalah!!! disaat kita terjatuh tak semestinya kita tidak mampu berdiri!!! dan  sudah semestinya kita tidak mampu berdiri dengan mudahnya!!! Tapi menyerah kalah bukanlah satu pengakhirannya kawan. Alhamdullilah , aku berjaya dapat apa yang aku impikan setelah sekian lama. Terbukti kini orang macam aku juga ada peluang untuk berjaya seperti orang lain. Ye memang sakit bila orang tidak percaya kat kita lepas kita dah berusaha. Berjaya atau tidak itu sekadar bonus bagi aku. Takdir   Allah yang menentukan kita. Hari ini aku rasa amat bersyukur kerana tak lama lagi aku akan digelar mahasiswi di salah sebuah IPTA. 


Bak kata ayah aku, 'semua orang boleh masuk tapi sama ada achieve atau tidak itu bergantung sejauh mana usaha kita'. Yerp tepat sama sekali!!! Aku tak berani untuk mengatakan yang boleh berjaya dengan cemerlang dalam bidang ni. Tapi aku berani untuk mengatakan yang aku akan berusaha lebih superb extra untuk achieve dalam bidang nih....InsyaAllah.


Manatak nye, aku dapat dekat Sabah yang sememangnya jauh dari family aku. Family aku ni bukanlah orang kayok anytime ada je fulus... memang susah lah nak balik selalu nampaknye.Tadi ayah aku beli tiket fligth . Untuk first time datang Sabah nih ayah aku hantar aku gi sana. Yeay!! tak cuaklah aku nnt...hehehe . Aku akan gerak sana 1 September nih!!!


Sebuah perjalanan kehidupan kini bermula...
doakan aku berjaya ye!!!





July , Please Be Magical !!!


Julai dah mai dah!!! Bulan Julai ni bulan yang amat ditunggu-tunggukan oleh kesemua pelajar lepasan STPM , Matrik dan Diploma. Bulan ni amat penting bagi aku. Mana tak nya, dalam minggu kedua aku akan tahu keputusan UPU . Bagi aku , kemana pon aku dicampakan aku akan pergi sebab itulah takdir aku. Aku akan terima seadanya dan lakukan yang terbaik. Tapi persoalannya, Adakah keputusannya akan membenarkan aku menjadi mahasiswa di IPTA?. Secara jujurnya , aku sendiri tak konfiden !!! 

So July , Please Be Magical for Me and My Friends!!!

Harap-harap allah permudahkan urusan kami, InsyaAllah.

Pilihan Masa Depan


Siapa je yang tak pernah mengimpikan something yang mewah kan?! Hari ni aku nak merealisasikan impian aku tu dekat sini jugak!! tak kira!!! hahaha.. Kereta impian aku kini dan masa depan... 




Toyota 86.

Harga dia tak payah cakap lah kan... memang kempislah poket, RM 243,000*.Harap-harap dalam sepuluh tahun lagi aku dapat beli kereta nih. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih . Tak salah kalau nk mengimpikan sesuatu !!! Jadi kena usaha lebihlah lepas nih. 






segmen dari Jiakreatifelt: header dulu hingga kini

Segmen dari Jia ni memang berbeza dari segmen-segmen yang lain. Segmen ni mintak kita kumpulkan header2 dari duluuuuu hingga sekarang. Okey ni lah koleksi header aku  ... sorrylah kalau tak berapa nak cantek .

DULU




KINI


Tag : SM , EIKA , ZURA & my lovely follower ^_^





Leganya rasa kalau dapat ...

 Panasnya Malaysia sekarang ni... di tengah-tengah petang isnin ni mesti ramai yang kepenatan . Yelah mesti ramai yang baru sampai rumah setelah seharian berkerja ditambah pulak cuaca sekarang yang panas terik . Memang best sangat lah kan kalau dapat menikmat sesuatu yang sejuk kan!!! Gulp~~ aku teringat cendol! aku memang suka cendol . Ada yang suka tambah tapai, pulut, jagung dan macam-macam lagi . Yang pasti nya cendol memang pilihan yang tepat kalau nak menghilangkan rasa dahaga. harga nya pon murah dalam RM2.00 je pon dah boleh dapat .


Mamak cendol satuuu!!!


ABC aka ais batu campur pon sedap.
Pilihan time gaji baru masuk hehehe ..


Segmen : Siapa nak doodle? by Munirah Mohd Rizal


Hai blogger!!  salam ahad !!!
Nak doodle free?? jom JOIN segmen Cik munirah..
TAG : SM , ZURA

Aku rasa doodle yang rambut pendek tuh cute sangat...
Lagi cute kalo rambut dan mata dia colour #8A0808 
gelang, seluar , ribbon dan selipar dia colour #DF013A
headfon pulok colour #2E2E2E
baju dia pulak colour #EFFBFB <---putih aje..

Thank you yeah Cik Munirah~~~





1st Segmen Cik Hawa : Pencarian Follower Bawah 1000



Salam petang Jumaat blogger!!! yurp! segmen lagi!!! aku join segmen ni bukan semata-mata nak kejar follower yang melambung-lambung tapi aku nak support para blogger yang berani dan berusaha nak buat segmen!! Yelah segmen-segmen ni bagus ...bukan je dapat tambah follower tapi dapat naikan stats korang secara fair&square!! Korang pun dapat berkenalan dengan blogger2 lain.. so apa lagi join segmen Cik Hawa ni k!!!


Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical



Dah lama rasanya tak join segmen. Tadi time blogwalking aku terjumpa blog AJAMOPPICAL.. Apa lagi yang ditunggukan?! Aku pon joinlah!!! JOM kita bagi support dia ~~ ALL the best ye AJAMOPPICAL!!


Jom belajar bahasa lain!!

Salam buat semua blogger !!! yeah sekarang ni saya hanya menganggur aje!!! hahaha ... ekonomi tetap produktif tanpa saya!! Dah lama bebenor rasanya rest cam gini... balek kampung pon sudahhh ... mmg dah tak pikir pape dah!! release semua stress!!! (macam stress sangat je gayenye!!) Mane tak nye gaji tak masok lagi!! padahal dah 11 hb dah nih!!! macam hampeh je kan!!! nseb baik lah aku ni 100% tanggungan keluarga aku lagi.. Sabar je lah jawapnye , nanti-nanti masuk lah tuh (pikir positip je lah )..hmm 

Okeyhh!!! memandangkan dah tak der kejer nak buat aku pon terpikir ' Apa kata belajar bahasa asing sementara tanam anggur nih?!" Banyak kelebihan nya kalau kita menguasai bahasa asing , at least kalau kita nk melancong tak payah susah-susah bawak dictionary ke asistance ke.. Paling tak pun kita belajar lah perkataan-perkataan yang mudah dulu . Misalnya, ' berapa harga barang ini? '  tak pun mulakan dgn ucapan ' terima kasih ' . Kemahiran berbahasa ni mungkin memudahkan korang . 

Berapa harga barang ini

    Thai - raa-kaa tâo rài?
   GermanWieviel kostet das?
    Korea - ige eolmayeyo?
   Jepun - ikura desu ka?

Lepas ni kompem dia bagi diskaun kat korang !!! 

Tu jerp yang aku godek-godek dekat GOOGLE.. sekarang nih nak practice bercakap pulok lah.. hehehe... korang mesti nk tahukan macam mana nk luahkan  ' i love you' dalam bahasa-bahasa lain?? jom!!! 


 German - Ich liebe dich
Thai – Chan rak khun (untuk lelaki) dan  Phom rak khun (untuk perempuan)
Itali - ti amo
China Mandarin - wo ai ni
Portugis - Eu te Amo


 Okeyh tu saje dari saya!!!! Selamat Mencuba !! Goodbye !! Aloha!! Adeus !! Itterasshai !!


Snowhite and The Huntsman


Baru-baru ni aku pergi tengok movie Snowhite and The Huntsman lakonan Kristin Stewart sebagai watak utama , Snowhite .Watak jahat pula dibintangi Charlize Theron sebagai Ravenna. Christopher Hemsworth pula sebagai 'huntsman' . Penceritaannya tidak banyak berubah dan masih mengekalkan penceritaan asal 'Snowhite' yang terkenal. 

Dendam . kecantikan dan kuasa menguasai Ravenna. Kisah hidupnya menjadikan dia seorang yang tamak untuk memiliki kecantikan dan pengaruh. Kekejaman Ravenna menjadikan negara mereka berada dalam huru-hara dan gadis2 cantik telah menjadi korbannya untuk meneruskan kecantikan Ravenna. Pengembaraan bermula apabila Snowhite yang telah membesar di kurungan Ravenna terlepas ... Ingin tahu yang selanjutnya ??? Jangan melepaskan  peluang untuk menyaksikan sendiri pertarungan Snowhite menumpaskan Ravenna . Watak Snowhite pula tampil dengan lebih berani dan bersemangat untuk mendapatkan semula tahtanya. 


Pasti lebih menarik sekiranya dipaparkan dalam 3D!!!