Baru-baru nih.. family aku ada lah buat makan-makan sikit.. panggilah jiran2 tetangga semua... meriahlah jugak, lagipon rumah aku ni dah lama tak buat majlis2 cam gini . Dengan penuh kemesraan dan penuh kesopanan ala-ala perempuan melayu terakhir pon aku bersalam-salaman la dengan makcik-makcik..hehehe part yang paling nila ada orang hulur duit dengan penuh rasa segan aku pon hambik la.. hahaha seganlah sangat!! Ye arr tak elok kalau tak ambilkan?? nanti orang kata kita sombong plakzz .. cett alasan je tuh hahaha!! Rezeki jangan ditolakan??!
Dalam keriuhan tetiba je aku terdengar suara yang membuatkan aku tersentak berkata:
"Kenapa tak buat kenduri lepas dapat result ?? ni buat sekarang..." dari seorang Mak Cik Zi aka makcik paparazzi hehehe
Aku agak terdiamlah ... tak tahu nak jawab apa.. hanya hati aku je yang berkata-kata.. Kalau macam tu memang takde kendurilah makcik , kalau boleh saya nak senyap-senyap je pasal result, maaflah saya tak nak mencanang result saya kalau saya dapat straigth A sekalipun !!! Dato Siti selalu berkata biarlah rahsia.. macam tu lah jugak dengan saya!!
Bukan apa , masyarakat kita ni selalu melabelkan seseorang dengan pencapaian akademik sedangkan kejayaan seseorang tu tak semestinya berjaya di alam persekolahan misalnya Bill Gates.... ini hanyalah pendapat peribadi saya.
Untuk Mak Cik Zi , saya bangga dengan perhatian makcik!! Dan kerana itu saya dah pon pasang lagu PAPARAZZI from Greyson Chance!! hehehe tara!!!