ribuan hari aku mengingatmu berakhir
Tiada lagi Mr Rangga yang dahulu menemani aku bersama kedinginan dengan diam menari-nari di ruang kamar persahabatan. Hari-hari yang kita lalui bersama aku benar-benar rasa ketelusan persahabatan. Aku rasa kita seakan telah lama mengenali meskipun kita membisu kedinginan. Barangkali di satu dunia yang lain. Benar, bagi aku kita tidak lebih dari sahabat meskipun disaat diam sebesar mana kesulitan kehidupan kita seolah-oleh memahami dan turut merasai. Telah ku buang jauh semua kata-kata orang yang merasakan kita secocok, kerana aku tahu kau dan aku kenal aku. Rindu aku teringat saat terakhir kita ketawa bersama meskipun lawak yang hambar. Kini, kita benar di hemisfera berbeza. Tidak mengapa ku rasakan kerana aku yakin ada yang melihat kau dgn rasa kasih yang lebih menyenangkan kau. Bahagia, mungkin. Aku masih begini biasa-biasa saja.
Diconteng
izzati_bloging
0 000 orang sayang Tarzan!!:
Post a Comment