Murai Si Penipu

miSs shAfika :)

Wordless Wednesday




credit : 
goggle

#motivate diri jap

blur~~~

Seseorang yang hebat juga memiliki kelemahan terbesar yang menjadikan dia hebat kerana dia mampu memperlihatkan kehebatannya.

#setiap orang mempunyai pelbagai sisi apa yang kita lihat hanyalah apa dia inginkan. 

Aku benci bila aku terpaksa berdepan dengan orang yang senang menghakimi dan menghukum orang lain. Lagi-lagi bila aku terpaksa mendengarnya dengan telinga aku sendiri... dan aku tak mampu buat apa-apa sedangkan aku amat jelas dengan kebenarannya. 



Stunning Saturday!!!





Winkwink!!! mood sangat happy hari ni!! Tak tau kenapa dan bagaimana aku happy!!! Kita tu tak perlukan sebab untuk happy selagi kita menghargai setiap saat dalam hidupnya!! Tahun nih mungkin ramadhan yang terakhir untuk aku bersahur dan berbuka sebulan di rumah!! Yeap!! memang nikmat je rasanya bila bersahur dan berbuka bersama family. Entahlah apa nasib aku tahun depan, menyambut Ramadhan di negeri orang yang sememangnya jauh dari family aku. 


Semua orang dah prepared nk beraya sakan. Baju raya , kasut raya, handbag raya, langsir raya, kuih raya... semua dah dok kelam kabut pi carik. Aku still lepak agi. Baju raya tak yah riso dah!! udah lame teman pi tempah tapi idok le teman tahu udah siap ke belom. Saja tempah awal tak nak kelam kabut!!hehehe.. Kuih raya memang tradisi makcik teman support! lagi rilek idop teman .. Yang aku pikir tahun nih aku nikmati hari raya Aidilfitri aku !! Tak kisah la kalo kena pakai baju tshirt je pagi raye!! huhuhu..


Segmen by I Love Sleep: Cerita disebalik gambar


Segmen by i love sleep ini berbeza daripada segmen yang biasa!!! 
Cerita disebalik gambar


Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah...

Cinta, terlalu banyak cinta dalam sebuah kehidupan. Cinta kepada Yang Maha Pengasih. Cinta kepada mak ayah. Cinta seorang kawan. Cinta seorang kekasih. Aku hanya seorang insan pemilik kepada sebuah hati yang tidak mampu untuk dimengerti. meskipun sejuta cinta dan kasih yang hadir aku tak mampu untuk berhenti. Berhenti dari mengejar keindahan duniawi dan masa depan yang menjanjikan nikmat kehidupan sempurna. Demi cinta juga aku tak mampu untuk menoleh ke arah lain. Aku terus tetap terus berlari.

Banyak kata
 yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah 
yang meyakini ku 
kau tercipta untuku
sepanjang hidupku...

Perjalanan aku masih panjang. Tidak aku ketahui dimana titik noktahnya. Aku hanya perlukan doa daripada insan yang mengasihiku. Aku mahukan kekuatan untuk menempuh hari yang kian mendatang. Sejauhmanapun aku berlari mengejar impian aku hanya mahukan doanya. Aku percaya pada restunya.