Murai Si Penipu

miSs shAfika :)

Apa Yang Dicari??



4 bulan setelah menjadi penganggur kehormat, kini aku kembali menjadi seorang pelajar!!! Aku rasa aku mengalami masa2 yang sukar sekarang nih!!!! seriuslah!!! aku rasa aku tengah duduk di tengah-tengah trek perlumbaan  dimana semua orang berlari untuk ke garisan penamat!!! dan aku??? aku sendiri tidak pasti ... berlarikah aku ? berjalankah aku ? atau aku hanya mampu merenung ...  aku masih tidak pasti.

Dunia seakan-akan sukar untuk aku sekarang... aku takut sekiranya aku tidak mampu melepasi garisan itu. Aku dan impian. Adakah sukar untuk dan dia bersama... dia hanya sebuah impian. Di dalamnya sebesar univers. Apa yang aku pasti sebesar manapun jurang itu, besar lagi pengorbanan yang perlu aku akur untuk bersama denganya. Give up bukan pengakhiran yang terindah ... sebuah perjalanan yang panjang perlukan penamat yang terindah.Aku nekad untuk mengakhirinya disaat itu.

#mood tak berapa ada bila tak dapat nak menghadam proses study!!! huhuhu... 

Hanya disini Aku nak mengurut!!!

Hah jangan pikir yang bukan-bukan pasal title tu!!! bukan mengurut tapi aku nak merungut!!! Yerp!! aku kini bergelar mahasiswi di Universiti Malaysia Sabah!! Sabahan la aku lepas nih... boleh bha kalo kau!! hahaha Homesick? aku takde pun rasa homesick yang melampau... cuma apa yang aku paling rindukan kat umah aku selain mama ayah aku adalah makanan!!! serius weih makanan kat sini memang tak da apa2 rasa!!!! aku rasa tekak aku nih dah hampir hilang deria rasa !!! Setakat nih aku makan sekadar nak hilang kan rasa kebulor je hahaha... Kalau  aku nak merasa nikmat makanan , aku kena keluar pergi One borneo. Kat situ barulah aku dapat balek deria rasa aku!!! Semalam pi sana , aku makan tanpa Non-Stop weih!!!! hahaha ... lepaskan kempunan ja!!


Life kat sini tak de lah suck !!! semuanya baik-baik saja. Yang penting life kat sini tak macam kat teknik dulu zaman kanak-kanak yang belom matang.Life kat sini buatkan aku rasa nk jadi someone yang better , better and better untuk hari ini esok dan selamanya . Kat UMS ni , perkhidmatan bas terhad jadi student kena prepare mentally and physical la nk berdepan suasana rebut2 bas ni... Lagi bagus kalau kau bangun awal dan tercongok kat bas stand tu awal2 tak de la sesak sangat kalau awal.So keyword nye , awal , awal , dan awal... bukan Awal Ashaari okeyh!! 

Minggu Orientasi memang minggu yang memenatkan. Tapi aku mampu mengharung jugak seminggu la sesak ni . Naseb baiklah minggu ni cuma ada sekali je dalam seumoq idop aku kat U ni.. Aku rasa enjoy je walaupon penat naik bukit turun bukit , dengan kolej kediaman yang jauh aku still boleh survive lah.

Lagi satu!!!! Siapa yang kata barang-barang kat KK ni mahal?? memang lah ada yang mahal tapi ada jugak yang murah. So jangan judge je tanpa datang kat sini dulu. Okeyh still tak percayakan aku??? baru-baru ni aku pergi shopping kasut sebab kasut aku dah terkopak angkara aktiviti mendaki bukit UMS. Aku beli kasut yang superb comfortable bila dipakai dengan harga 29.90 hinggit je taw!! Buy one free one lak tuh!!! Lepastu, aku jupe beg cantek2 18 hinggit je taw!! kat semenanjung pon tak de la bag yang muroh2 cam ni... 


Buy one free one!!! kohkohkoh.. cek suka barang murah!!!



Kisah aku yang kuat berangan!!!

Dalam hidup nih kita mesti ada impian kan... hahaha bila xder kerja , aku lebih suka duduk dan mengenang naseb si labu labi nih. Dan "babak2" lain pun bermula hahaha.. perkara yang aku suka angankan

1. Nak tamatkan pengajian secepat yang mungkin!!!
Aku nak mengenggam ijazah dalam 3 tahun lagi. Aku nak kerja untuk cari pengalaman yang secukupnya, Aku teringin nak bertugas di luar negara hahaha... Aku nak menjelajah Eropah cewahhh.. Kelass gitu!!! Kalau boleh aku nk menetap dekat sana dalam beberapa tahun!!! Nak cari pengalaman dulu dekat negara orang then aku nak berkerja kat negara yang tercinta nih!!!! wahhh bestnya kalau impian jadi kenyataan!!!

2. Duit raya in USD!!!
Baru-baru nih aku yang teramat "muda" ni dapat duit raya!! hahaha best giler... kembali kepada kehidupan aku yang aca-acah dah bekerjaya gitu... bila musim raya aku nak balek Malaysia!!! mana boleh beraya kat negara orang tak sama meriahnya macam kat Malaysia nih!!! bila dah balik sini aku nak bagi diorang duit raya dalam USD hahaha.... rasa mcm nak bg penyepakan kat aku???!! hahaha

3. Cukuplah hanya sebuah rumah dan kereta.
Aku nk beli kereta ikot kemampuan aku je... walaupun aku giler dekat RX8 . Bagi aku , sebuah rumah untuk berteduh lebih diperlukan.Tak perlu besar mcm istana asal cukup untuk aku dan family aku berkumpul.

4. Rumah kampung itu gojez!!!
Aku memang suka rumah kampung . halaman yang luas , jauh dari jiran ... at least kalo kau nak karok dalam toilet tak de sape yang akan cakap ' WOI picing kau larilah!!! ' hahahaha. So aku memang berniat nak buat rumah kampung yang berlantaikan papan ala-ala rumah Melaka !!! Bagi aku , rumah macam ni memang menarik tapi cuma nyamuk je la boleh buat orang stress...huhuhuhu tapi itu standart lew...




Masa haritu aku dengan cik zura ada beragan nak pergi travel ...huhu Okinawa , Pulau Jeju time winter.  









Wordless Wednesday




credit : 
goggle

#motivate diri jap

blur~~~

Seseorang yang hebat juga memiliki kelemahan terbesar yang menjadikan dia hebat kerana dia mampu memperlihatkan kehebatannya.

#setiap orang mempunyai pelbagai sisi apa yang kita lihat hanyalah apa dia inginkan. 

Aku benci bila aku terpaksa berdepan dengan orang yang senang menghakimi dan menghukum orang lain. Lagi-lagi bila aku terpaksa mendengarnya dengan telinga aku sendiri... dan aku tak mampu buat apa-apa sedangkan aku amat jelas dengan kebenarannya. 



Stunning Saturday!!!





Winkwink!!! mood sangat happy hari ni!! Tak tau kenapa dan bagaimana aku happy!!! Kita tu tak perlukan sebab untuk happy selagi kita menghargai setiap saat dalam hidupnya!! Tahun nih mungkin ramadhan yang terakhir untuk aku bersahur dan berbuka sebulan di rumah!! Yeap!! memang nikmat je rasanya bila bersahur dan berbuka bersama family. Entahlah apa nasib aku tahun depan, menyambut Ramadhan di negeri orang yang sememangnya jauh dari family aku. 


Semua orang dah prepared nk beraya sakan. Baju raya , kasut raya, handbag raya, langsir raya, kuih raya... semua dah dok kelam kabut pi carik. Aku still lepak agi. Baju raya tak yah riso dah!! udah lame teman pi tempah tapi idok le teman tahu udah siap ke belom. Saja tempah awal tak nak kelam kabut!!hehehe.. Kuih raya memang tradisi makcik teman support! lagi rilek idop teman .. Yang aku pikir tahun nih aku nikmati hari raya Aidilfitri aku !! Tak kisah la kalo kena pakai baju tshirt je pagi raye!! huhuhu..


Segmen by I Love Sleep: Cerita disebalik gambar


Segmen by i love sleep ini berbeza daripada segmen yang biasa!!! 
Cerita disebalik gambar


Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah...

Cinta, terlalu banyak cinta dalam sebuah kehidupan. Cinta kepada Yang Maha Pengasih. Cinta kepada mak ayah. Cinta seorang kawan. Cinta seorang kekasih. Aku hanya seorang insan pemilik kepada sebuah hati yang tidak mampu untuk dimengerti. meskipun sejuta cinta dan kasih yang hadir aku tak mampu untuk berhenti. Berhenti dari mengejar keindahan duniawi dan masa depan yang menjanjikan nikmat kehidupan sempurna. Demi cinta juga aku tak mampu untuk menoleh ke arah lain. Aku terus tetap terus berlari.

Banyak kata
 yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah 
yang meyakini ku 
kau tercipta untuku
sepanjang hidupku...

Perjalanan aku masih panjang. Tidak aku ketahui dimana titik noktahnya. Aku hanya perlukan doa daripada insan yang mengasihiku. Aku mahukan kekuatan untuk menempuh hari yang kian mendatang. Sejauhmanapun aku berlari mengejar impian aku hanya mahukan doanya. Aku percaya pada restunya.