Murai Si Penipu

miSs shAfika :)

Stunning Saturday!!!





Winkwink!!! mood sangat happy hari ni!! Tak tau kenapa dan bagaimana aku happy!!! Kita tu tak perlukan sebab untuk happy selagi kita menghargai setiap saat dalam hidupnya!! Tahun nih mungkin ramadhan yang terakhir untuk aku bersahur dan berbuka sebulan di rumah!! Yeap!! memang nikmat je rasanya bila bersahur dan berbuka bersama family. Entahlah apa nasib aku tahun depan, menyambut Ramadhan di negeri orang yang sememangnya jauh dari family aku. 


Semua orang dah prepared nk beraya sakan. Baju raya , kasut raya, handbag raya, langsir raya, kuih raya... semua dah dok kelam kabut pi carik. Aku still lepak agi. Baju raya tak yah riso dah!! udah lame teman pi tempah tapi idok le teman tahu udah siap ke belom. Saja tempah awal tak nak kelam kabut!!hehehe.. Kuih raya memang tradisi makcik teman support! lagi rilek idop teman .. Yang aku pikir tahun nih aku nikmati hari raya Aidilfitri aku !! Tak kisah la kalo kena pakai baju tshirt je pagi raye!! huhuhu..


Segmen by I Love Sleep: Cerita disebalik gambar


Segmen by i love sleep ini berbeza daripada segmen yang biasa!!! 
Cerita disebalik gambar


Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah...

Cinta, terlalu banyak cinta dalam sebuah kehidupan. Cinta kepada Yang Maha Pengasih. Cinta kepada mak ayah. Cinta seorang kawan. Cinta seorang kekasih. Aku hanya seorang insan pemilik kepada sebuah hati yang tidak mampu untuk dimengerti. meskipun sejuta cinta dan kasih yang hadir aku tak mampu untuk berhenti. Berhenti dari mengejar keindahan duniawi dan masa depan yang menjanjikan nikmat kehidupan sempurna. Demi cinta juga aku tak mampu untuk menoleh ke arah lain. Aku terus tetap terus berlari.

Banyak kata
 yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah 
yang meyakini ku 
kau tercipta untuku
sepanjang hidupku...

Perjalanan aku masih panjang. Tidak aku ketahui dimana titik noktahnya. Aku hanya perlukan doa daripada insan yang mengasihiku. Aku mahukan kekuatan untuk menempuh hari yang kian mendatang. Sejauhmanapun aku berlari mengejar impian aku hanya mahukan doanya. Aku percaya pada restunya. 



Aplikasi iMingle di Facebook


Sejak akhir ni aku banyak menghabeskan masa kat depan laptop!! Pada mula nye cuma nak cari-cari lah biasiswa ke pinjaman untuk aku sambung study. Tapi bila dah dok depan laptop banyak pulak kerja lain yang aku layan. Terserong sudah. Lagi-lagi bila dok online facebook memang serong sepenuhnya dari niat aku yang asal hehehe.. Jangan ikot perangai aku yang x senonoh dalam bulan pose cam gini k!! hehehe

Korang penah dengar tak aplikasi iMingle?? Alaa.. aplikasi ni memang pemes untuk budak-budak sekolah. Aku memang tak tahu apa-apa pasal aplikasi ni pada mulanya aku pon baru je tau wujud nye aplikasi ni. Mungkin aku yang lambat dan tak se'advance' budak-budak sekarang.. hohoho 



Aku agak terkejut beruk bila first time aku masok dekat room iMingle ni . Aku cuba godek-godek apa yang ada kat aplikasi nih. Tetibe je ada mesej yang tak aku kenal sama sekali pengantarnya yang memang takde dalam friend list aku . Dengan terpinga-pinga nak menghadam setiap sudut aplikasi ni, akhirnya aku faham!!! kahkahkah... 

Rupe-rupenya aplikasi ni sama je dengan chatroom tapi berbeza sikit. Korang boleh pilih bilik mana korang nak bersosial. Korang boleh klik dekat profil pic orang yang korang berminat dan pilih sama ada nak baling tomato (ni selalu aku gune kihkihkih ) ke 'flirt' ke 'private message'. Setiap reaction akan ditolakan beberapa coins yang kita dapat . Pada mulanya korang akan dapat 500 coins. Korang berpeluang nak berkenalan dengan ramai orang.

Tapi ramai yang guna aplikasi ni untuk cari jodoh..hohoho.. agak kelaka disitu... Bagi aku lah, kalo korang nak cari jodoh tak payahlah guna aplikasi-aplikasi cam gini.. for fun boleh la but for serious stage carilah jodoh korang kat tempat-tempat yang baik cm masjid ke.. so rajen2 la pi teraweh mana taw pergi ke rumah Allah korang terjumpa pulak tettt!!! 

Itu je ceramah aku untuk hari ni hihihi. Secara jujurnya aku ada bukak 2 kali je aplikasi . Mungkin tak lagi lepas nih.



Fullhouse Giant Cheras!!





Petitefour yang menyelerakan!! 
tapi sayang time tu petitefour takde la pulok~~gulp!!




 Ala-ala English Garden gitu... sweet moment for dinner time!!

Chocolate pepermint pilihan saya!!! slurpp~~






Oven Roasted Chicken Parcel hak milik saya!!! 

Seafood spagheti ~~

Pan sear dory fish ~~




DESSERT TIME!!

Nice plating 3 dessert hanya Rm 29.90!!


Thumb's Up for Chocolate brownies and ice cream!!

Profiteros .. rasa nye macam cream puff ~

Everything on a table !! nyumnyum!!

Posing jap!!! 

Nak menyelit jugakk!!! chakkk!!

#maaf kalo gambar kurang menarik...sila tutup mata!! hahaha Kuatkan iman bagi sesiapa yang terliuq tengok makanan diatas!!hahaha

Secara keseluruhanya, makanan-makanan yang disedia memang sodapp!! Berpatutan!! Mula-mula kita orang ingat ni bajet mungkin dalam seratus sorang.. tapi harga yang sebenarnya taklah semahal jangkaan kami!! Layanan dia pon menarik... mesra alam taww!! 




Sebuah perjalanan kini bermula

Jangan mudah mengalah!!! disaat kita terjatuh tak semestinya kita tidak mampu berdiri!!! dan  sudah semestinya kita tidak mampu berdiri dengan mudahnya!!! Tapi menyerah kalah bukanlah satu pengakhirannya kawan. Alhamdullilah , aku berjaya dapat apa yang aku impikan setelah sekian lama. Terbukti kini orang macam aku juga ada peluang untuk berjaya seperti orang lain. Ye memang sakit bila orang tidak percaya kat kita lepas kita dah berusaha. Berjaya atau tidak itu sekadar bonus bagi aku. Takdir   Allah yang menentukan kita. Hari ini aku rasa amat bersyukur kerana tak lama lagi aku akan digelar mahasiswi di salah sebuah IPTA. 


Bak kata ayah aku, 'semua orang boleh masuk tapi sama ada achieve atau tidak itu bergantung sejauh mana usaha kita'. Yerp tepat sama sekali!!! Aku tak berani untuk mengatakan yang boleh berjaya dengan cemerlang dalam bidang ni. Tapi aku berani untuk mengatakan yang aku akan berusaha lebih superb extra untuk achieve dalam bidang nih....InsyaAllah.


Manatak nye, aku dapat dekat Sabah yang sememangnya jauh dari family aku. Family aku ni bukanlah orang kayok anytime ada je fulus... memang susah lah nak balik selalu nampaknye.Tadi ayah aku beli tiket fligth . Untuk first time datang Sabah nih ayah aku hantar aku gi sana. Yeay!! tak cuaklah aku nnt...hehehe . Aku akan gerak sana 1 September nih!!!


Sebuah perjalanan kehidupan kini bermula...
doakan aku berjaya ye!!!





July , Please Be Magical !!!


Julai dah mai dah!!! Bulan Julai ni bulan yang amat ditunggu-tunggukan oleh kesemua pelajar lepasan STPM , Matrik dan Diploma. Bulan ni amat penting bagi aku. Mana tak nya, dalam minggu kedua aku akan tahu keputusan UPU . Bagi aku , kemana pon aku dicampakan aku akan pergi sebab itulah takdir aku. Aku akan terima seadanya dan lakukan yang terbaik. Tapi persoalannya, Adakah keputusannya akan membenarkan aku menjadi mahasiswa di IPTA?. Secara jujurnya , aku sendiri tak konfiden !!! 

So July , Please Be Magical for Me and My Friends!!!

Harap-harap allah permudahkan urusan kami, InsyaAllah.